Bismilahirahmanirahim.
Hari ni g kelas ko-ke ustaz beri penerangan sikit tengtang jodoh ni almaklumlah sem las ko-ke..dah masuk nak belajar bab kawin..(kelas ni yang feveret ni)... suami isteri saling melengkapi..
Wanita dijadikan drpd tulang adam yang bengkok. itu menunjukan kaum wanita amat lemah.. lemah dr segi ibadatnya.. kadang2x tidak mampu beribadat dengan selengkap2nya kerana keuzuran..
jadi si adam lah yang bertanggungjawab membantu si hawa ini untuk tetap istiqamah..
jodah,rezeki dan ajal semuanya telah ditetapkan sejak azali lagi. adakah masih perlu lagi kite berdoa?.. bukankah jodoh itu telah Allah tetapkan . bukan kah rezeki itu juga telah Allah tetapkan dan begitu juga dengan maut..malah maut itu tidak Allah pendekkan atau panjangkan walaupun sesaat pon.. perlukah lagi kita berdoa...?
Jawapan nya YA.. kita harus terus berdoa... misalnya tentang jodoh ,memang Allah telah menetapkan siapa jodoh kita..tapi disamping itu kita harus berusaha berdoa supaya di jodohkan dengan jodoh yang baik.. apa2x ketentuan Allah ada sangkutanya dengan doa kita. kita digalakkan berdoa supaya doa kita bersangkutan dan boleh merubah takdir dengan kehendak Allah. Sesungguhnya Allah itu berkuasa.. misalnya jika jodoh kita adalah dengan seorang munafik kita boleh berusaha merubahnya dengan berdoa pada Allah agar di jodohkan dengan jodoh yang mulia..semuanya dengan izin Allah.."irrada" semua tertakluk pada Allah. moga2x apa yang kita minta dimakbulkan. apabila kita berdoa pada Allah ,Allah akan sentiasa dekat.
Berdoa yang baik pada Allah tanda kita sebagai hamba. orang yang tidak berdoa itu adalah orang yang sombong.. "doa itu segala jenis ibadat"
Akan tetapi kita tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku.(mubroh) jangan salahkan tuhan diatas bencana yang berlaku. tidak semua benda baik itu adalah baik untuk kita, dan tidak semestinya benda yang buruk itu adalah buruk pada kita. kita harus redho menerimanya, sebagai tanda kita seorang hamba yang lemah. mungkin terdapat hikmah di setiap kejadian itu.. mungkin musibah yang kita terima adalah pendorang untuk kita sentiasa dekat dengan Allah. Dan kemungkinan benda baik yang kita terima itu hanya sebagai ujian untuk kita sentiasa leka dengan kesenangan dunia.....
wallahua'alm (''<)