Friday, 30 November 2012

InDahnYa Islam

Bismillahirahmanirahim..
Jumaat 30-11-2012
 JUMAAT sang penghulu hari.. hari ni ade 2 ceramah yang boleh tahan lah tajuknyer pada msa yang sama cuma berbeza tempat n penceramah jer.. hati berbelah bahagi nak pi maner satu... tapi hati lebih mengatakan pilihlah ceramah agama yang dapat mncari segala persoalan dalam hati..
pergi ceramah berjemaah bersama sahabat2x tercinta...
 ceramah start kul 8.30 and 9 mlm.. ader 2 ceramah ni nak pi mner satu kak oi... keliru... pertama ceramah fatimah sarhah kat masjid yg ke 2 ceramah indahnya islam kat pusat islam... fikir punyer fikir afta solat isyak buat keputusan pergi ceramah indahnya islam.. argghhh x kira..sorang pown sorang lah... lantaklah... fikir balik... i need answer for my question..  ermm dah agak dah x ramai pi ceramah ni ramai yn pi ceramah ustazah fatimah sarha....yelah ceramah cintan cintun ni memng student syok lah pi..
 masuk dewan tgok alahai sikitnya ...terkejut gak tengok aik makcik2x?..owh rupenyer mereka adalah muallaf ader program 3 hari..owhhh..ptutlah...agak2x nyer aku jer kot student yg join selain dr ajk perkim...
 well knapa terdorong nak join ceramah ni antara sebab nyer....jeng2x..aku x suke dengar pasal cinta-cinta..nati asyik nak fikir bab cinta jerrr... im more interesting to know more about islam... kne lah cinta islam dulu bru boleh cinta manusia... well mmg puas hati..jawapn yg dicari sememangnya dijumpai..
FORUM PERDANA... ustaz hj mohd saifudin n Ustazah maimunah(i like him very much..penerangan nyer sgt jelas..menjawab soalan aku dijawab dgn baiknya...)
nak share lah sikit perkongsian yg aku dapt ..
pertama ustaz bgtaw ugama tu maksudnya tidak kacau dr segi bahasa sanskrit lah..sebab tu islam dipangil peace.. islam agama yang lengkap...dalam surah al-maidah mengatakan bahawa islam itu adalah agama yang diredai oleh allah...
bercerita pula tgtg jihad... saudara kita di palestin berjihad mngak kan agama u kita kat sini ni sibuk berjihad nafsu.. yelah negara yg terlebih aman nafsu plak yg bnyak..so we need do da jihad nafsu.. alah maksudnya berjihad melawan keseronokan yg melalaikanlah.. ader faham...
kita manusia ni kne lah berperang dengan hawa nafsu ..jgnlah terikut sagt dgn hawa nafsu yg melalaikan ni sgt..no no no... contoh nye berchating..fb tu..hohohoho..tersentap sat..senyum sorang2x.. kita kne lah tahu fb tu kita guna untuk medan per..kebaikan ker keburukan...
so amalkan islam sepenuhnya..ni cerita camner nak berdakwah pd org bukan islam...kiter kne lah jd role model yg baik... yusof islam kater naseb baik aku mengenal islam dahulu sebelum mengenal org islam.. ermm nmpk sgt org islam sekarg ni segelintir mmg jauh imanya...x jadi role model yg baik.. sedihnyer.. :-(
sambungan......oh kilat.. nak balik lah..asgmnt setel sudah...

AMANAH (asgmnt)



PENDAHULUAN
            Apakah itu amanah? Amanah adalah kepercayaan,kesetiaan, atau ketulusan hati. Amanah dalam bahasa arab bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni. Manusia tidak boleh elak atau lari dari tidak melaksanakan amanah yang telah dianugerahkan kepadanya.
            Setiap individu pernah diberikan amanah atau kepercayaan untuk dijaga. Amanah itu adakalanya berbentuk titipan benda, rahsia, tugas, jabatan dan sebagainya (M. Ali Hassan,1978). Setiap individu perlu bertanggungjawab dengan amanah masing-masing dan harus menjaganya dengan penuh berhati-hati. Contohnya, tugas atau rahsia sebagai seorang yang diamanahkan oleh kita perlu disimpan dengan cermat dan  tidak leka serta ambil mudah. Amanah harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukanya seperti melepaskan batuk ditangga atau sekadar hangat-hangat tahi ayam. Perkara ini perlu dipandang serius dan diperiksa secara berkala dan tidak dianggap remeh walaupun perkara yang sekecil-kecil zarah.
Firman Allah s.w.t
 “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan  hukuman di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat”
An nisa surah 3: 58
Perintah Allah menyuruh agar amanah itu disampaikan oleh orang yang sepatutnya dan selayaknya untuk memikul amanah tersebut.
Hadis rasulullah s.a.w
Daripada Saidina Ali r.a katanya yang bermaksud: Kami duduk bersama Rasulullah s.a.w muncul seorang dari keluarga Al- Aliyah dan bertanya kepada rasulullah,
“wahai rasulullah, beritahulah padaku apakah sesuatu yang paling berat dalam agama dan apakah yang palin ringan?”
Jawab rasulullah:
“Yang paling ringan dan mudah ialah mengucapkan dua kalimah syahadah dan yang paling berat ialah amanah.Sesungguhnya tiada iman bagi orang yang tiada amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak (dipercayai) janjinya.”
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad ,Al Bazzar dan Tabrani
            Amanah adalah satu tanggungjawab yang paling berat atau sukar untuk dijaga oleh manusia. Bagi orang yang tidak menjaga amanah dan tidak mengingkari janji amanah yang diberikan dikatakan iman nya adalah sangat rendah dan tidak beragama.
Hadis rasulullah s.a.w
            “ Tidak sempurna iman bagi sesiapa yang tiada amanah pada dirinya dan tiada agama bagi orang yang tidak dipercayai janjinya”
(Riwayat imam ahmad, al bazaar at tabrani)
            Sikap amanah dapat menujukkan tahap keimanan seseorang sama ada tinngi atau rendah.


TOKOH ( RASULULLAH.)
            Amanah ialah salah satu sifat terpuji rasulullah. Nabi Muhammad S.A.W seorang yang amanah dalam memikul tanggungjawab. Baginda juga digelar al amin iaitu seorang yang amanah dan dipercayai. Sebelum baginda diangkat menjadi rasul, baginda terkenal dengan keindahan budi pekerti sehingga penduduk Quraisy mengelar baginda sebagai al amin. Lawan bagi sifat amanah ialah kianat dan rasulullah sama sekali tidak memiliki sifat ini.
            Baginda beramanah sepenuhnya terhadap tugas dan tanggungjawab yang dibebankan oleh Allah s.w.t atas bahu baginda s.a.w untuk menyampaikan risalah kepada kaumnya dan seluruh manusia(Safwan, 2002). Nabi selalu berpesan kepada umatnya supaya sentiasa bersifat amanah dan melunaskan janji yang telah dibuat. Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang tokoh amanah yang sangat hebat dalam menjaga amanahnya. Baginda menerima pelbagai amanah yang perlu dititikberatkan dan ianya tidak mampu dipikul oleh orang biasa.
            Amanah yang dipikul amatlah berat dan baginda begitu tekad dalam melaksanakan amanah tanpa sebarang keluhan dan tertingal melakukan amanah. Baginda melaksanakan amanahnya tanpa rasa jemu dan berputus asa, sanggup menghadapi pelbagai rintangan dan sanggup menerima cacian, disakiti, dipulaukan , digulagulakan dengan tawaran pangkat,  harta dan wanita. Baginda juga dikecam dengan hebat dengan ancaman bunuh namun baginda s.a.w tetap dengan pendirian memegang amanah demi menyebarkan dan meninggikan Kalimatullah Hiyal Ulya (Safwan,2002).
            Semasa rasulullah ditawarkan  harta, takhta dan wanita agar meninggalkan kerja-kerja dakwah menerusi bapa saudaranya Abu Talib baginda menjawab dengan tegas:
“Demi Allah, wahai bapa saudaraku ,kalau mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku agar aku meninggalkan kerja dakwah ini, aku tidak akan meninggalkanya sehingga Allah member kemenangan kepadaku atau aku binasa keranaya.”
            Walauapapun rintangan dan halangan yang menimpanya, baginda tetap dengan pendirianya untuk menyampaikan amanah yang telah diberikan semampu yang mungkin. Contoh amanah yang berat yang harus dipikul oleh baginda ialah sebagai kalifah Allah, ketua agama  dan pemimpin umat manusia serta menjadi ketua perang, menjadi ketua umat, ketua keluarga, ketua Negara dan sebagai contoh model bagi umat manusia.
GOLONGAN YANG PERLU AMANAH.
            Semua umat manusia perlu bersifat amanah tidak kira berbeza agama, bangsa dan Negara. Umat manusia perlu amanah dalam menjadi makhluk Allah dalam bentuk sebagai seorang pelajar, ibubapa pekerja dan lain-lain.
            Sebagai makhluk Allah kita seharusnya amanah dengan perintah yang diberikan oleh Allah. Contonhya solat 5 waktu sehari semalam, menjaga persekitaran  serta tidak merosakan alam ini dan sebagainya. Amanah yang dianugerahkan perlu dilakukan dengan ikhlas dan  sepenuh hati. Pada asasnya kita perlu amanah sebagai khalifah Allah dimuka bumi.
Firman Allah
            “sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semunya enggan untuk memikul amanah itu dan kuwatir akan mengkhianatinya dan pikullah amanah oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh.”
Al ahzab surah 33 : 72.
            Ini menunjukkan bahawa amanah sebagai kalifah Allah adalah sangat berat. Manusia sentiasa tidak bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan oleh Allah dengan mencemarkan alam sekitar dan merosakkan pemandangan indah di bumi. Manusia juga perlu amanah dengan setiap tujuh pancaindera iaitu mata, telinga, lidah, tangan, kaki, perut dan kemaluan yang telah dikurnaiakan. Anggota badan ini perlu dijaga dan tidak digunakan kearah maksiat contoh amanah mata dengan tidak melihat perkara yang haram dan perlu digunakan untuk melihat kebesaran Allah seperti pemandangan alam untuk kita mensyukuri kebesaran Allah.
            Seterusnya melaksanakan amanah dari sudut sebagai seorang pelajar. Seorang pelajar seharusnya amanah  dalam menuntut ilmu fardu ain dan fardhu kifayah. Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap manusia. Setiap pelajar haruslah belajar dengan bersungguh-sungguh  dan berusaha untuk mempelajari pelbagai jenis ilmu yang bermanfaat sebagai tanda menghargai kebesaran Allah. Pelajar haruslah berusaha untuk menjalankan amanah mereka  dengan mencari ilmu bermanfaat,menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah tepat pada masanya dan berjaya mengaplikasi ilmu yang diperolehi bukan semata-mata hanya untuk mendapatkan gred yang tinggi dan kerjaya yang bagus. Menuntut ilmu perlu niat kerana Allah dan tidak meninggalkan larangannya hanya kerana mencari ilmu. Contohnya menyiapkan tugasan dan ulangkaji hanya kerana ingin lulus peperiksaan dengan meninggalkan solat.
Firman Allah
Katakanlah: “kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku,sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat tuhanku meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula
Surah Al kahfi 18:109
            “Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad”.Pelajar perlulah amanah dalam mencari ilmu sehingga akhir usia. Yang dimaksudkan dengan amanah ialah membuat penyelidikan, mengambil pengiktibaran yang ada disekeliling, melakukan tanggungjawab dan sebagainya. 
            Melaksanakan amanah dari sudut sebagai ibubapa yang baik. Bersifat amanah dalam mendidik anak –anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah kerana anak-anak adalah anugerah daripada Allah yang perlu kita jaga dengan baik. Namun seringkali kita lihat kini didada-dada akhbar tentang pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Bayi mereka juga dibuang secara kejam dan tanpa belas kasihan.Ini menunjukan mereka tidak amanah menjaga anugerah Allah ini dengan baik. Ibubapa perlu mendidik anak  dengan akhlak baik semantapnya supaya mereka menjadi perwira yang mempertahankan dan mengagung-agungkan agama Allah. Contohnya seperti mengajar anak mengaji, solat, mendidik  anak-anak dengan menyerapkan nilai-nilai murni seperti  bersopan-santun dan menghormati orang tua.
Hadis rasulullah s.a.w
Maksudnya: “Apabila mati anak Adam, terputuslah amalanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak yang soleh”(riwayat Imam Muslim).
            Anak yang soleh dapat menyelamatkan ibu bapa mereka untuk sentiasa tenang hingga ke surga.Oleh itu anak-anak perlu dididik dengan baik supaya mereka dapat menjadi penyelamat ibubapa mereka di akhirat. Manusia perlu amanah dengan apa yang berada dalam tangunggan mereka.
                        Amanah sebagai seorang pekerja ialah bersikap amanah semasa bekerja contohnya tidak tidur semasa waktu kerja, berat tulang, mencuri dan menggunakan harta syarikat untuk kegunaan peribadi dan perkara-perkara yang tidak baik. Pekerja yang amanah perlulah menyiapkan kerja tepat pada masanya dan mematuhi masa iaitu tidak lewat ke pejabat tanpa alasan yang munasabah. Pekerja yang baik perlu elak dari pecah amanah, rasuah dan menyebarkan maklumat penting syarikat kepada orang luar.
            Amanah yang diberikan Allah kepada hambanya mesti dijaga dengan sebetulnya dan tidak boleh disia-siakan. Begitu juga amanah yang diberikan oleh manusia,tidak boleh kita lalaikan.Apabila kita merasakan bahawa kita tidak mampu untuk memikul amanah yang diberi janganlah kita menerima amanah tersebut kerana dikhuatiri akan mendatangkan impak yang negatif kepada kelangsungan makhluk Allah yang lain. Kita perlu bijaksana menolaknya tanpa menyinggung perasaan orang lain. Jika amanah ini dikhianati ,maka hancurlah masyarakat dan negara.Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya
“Seorang laki-laki datang bertanya kepada rasulullah: “Bilakah kiamat itu akan terjadi wahai rasulullah? Dijawab oleh rasulullah : “Bila amanah (kepercayaan) diabaikan, maka tunggulah kiamat itu” . Kata laki-laki itu lagi “Bagaimana pula mengabaikan kepercayaan itu?” Jawab rasulullah : “apabila urusan atau pekerjaan diserahkan kepada orang yang tidak ahli, maka tunggulah kiamat itu”
Berikutan dengan ini pentingnya kita tahu dimanakah tahap kita untuk memikul sesebuah tanggungjawab yang diamanahkan. Ilmu pengetahuan penting bagi melaksanakan amanah dengan baik dan beretika kerana jika tiada ilmu pasti sedikit sulit untuk melaksnakan amanah tersebut. Hal ini kerana kita tidak mengetahui cara yang betul dan kaedah serta prosedur untuk melaksnakanya.  Seringkali kita baca didada-dada akhbar serta di kaca televisyen tentang isu yang berkaitan pelangaran amanah.Contohnya kes rasuah dikalangan pemimpin, kes pecah amanah dan kes kerja terbengkalai kerana dipertangungjawabkan kepada mereka yang tiada ilmu tentang bidang tersebut serta kurang  kemampuan untuk melaksanakan amanah.
Oleh itu pemberi amanah perlu melakukan analisis dan kajiselidik serta mengetahui kebolehan individu tersebut samada amanah yang diberi bersesuian atau tidak dengan ilmu yang dimiliki sebelum menyerahkan tugas tersebut. Penerima amanah juga perlu tahu kemampuan diri dan tidak mementingkan diri sendiri.
            Terdapat kisah seorang pengembala yang teguh memegang amanah majikanya sebagaimana diceritakan oleh Abdullah bin Dinar.
“Saya berangkat dengan Umar bin Khaththab menuju Makkah.Kami berhenti di suatu tempat dan kami bertemu dengan seorang pengembala yang turun dari  bukit. Umar berkata kepada orang itu: “ Hai pengembala! Juallah kepadaku seekor kambing itu! Pengembala itu menjawab “Aku ini seorang hamba sahaya! “ Umar berkata hendak mengunjinya; “katakana kepada tuanmu, bahawa kambing itu dimakan oleh serigala!”  pengembala menjawab: “tetapi dengan Allah bagaimana? “Umar menangis mendengar perkataan pengembala itu kemudian Umar pergi bersama pengembala tadi lalu dibelinya dari taunya dan dimerdekakan. Umar berkata kepadanya “Kalimat inilah (tetapi dengan Allah bagaimana) yang menyebakan engkau merdeka di dunia ini. Aku mengharapkan agar kalimat itu juga yang merdekakan engkau di akhirat kelak”.
Kekuatan iman kepada Allah pasti akan menjamin dalam menjaga amanah yang diberikan agar terpelihara seseorang dari penyelewangan dan sikap kianat (M.Ali Hassan,1978).



KEPENTING AMANAH
            Bersifat amanah adalah satu amalan mulia yang perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Tanpa sifat ini kelangsungan hidup seharian serba sedikit pasti akan terganggu.
            Sikap amanah penting kepada individu itu sendiri. Individu yang sentiasa melaksanakan amanah pasti akan lebih dihormati dan disanjungi oleh orang lain. Masyarakat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada individu yang bersikap amanah dan seringkali mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Individu tersebut pasti jiwanya akan merasa tenang ,aman dan akan lebih dipercayaai kerana melaksanakan satu tanggungjawab yang besar dengan melaksanakan segala amanah yang telah dituntut olehnya. Individu ini telah menunaikan segala amanahnya terutamanya terhadap Allah iaitu menjadi khalifah yang baik di muka bumi dan kemudian amanah terhadap sesama manusia dengan ikhlas dan istiqamah. Individu tersebut berusaha untuk menjaga harga diri dan berusaha untuk mempertingkatkan iman serta menjaga akhlaknya dariapada amalan yang tidak baik.
            Kemudian kepentingan sifat amanah terhadap masyarakat. Aturan hidup menjadikan manusia saling bersandarkan dan memerlukan antara satu sama lain dengan ini kelangsungan hidup dapat dinikmati dengan lancar. Penerapan sifat amanah dalam setiap individu dapat menjamin kesejahteraan hidup antara satu sama lain kerana masyarakat saling berkerjasama mencapai objektif yang tersendiri. Contohnya antara guru dan pelajar yang mana guru mesti amanah menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar dan begitu pula disebaliknya pelajar harus amanah menuntut ilmu serta dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan seikhlas mungkin.
Hadis rasulullah s.a.w
“Dikatakan mukmim bagi seseorang yang tidak kianat dan tidak berdusta”. Sabdanya lagi “Umatku sentiasa baik selama mana tidak menjual amanah dan mengadaikan kejejuranya.”
            Individu yang menjaga amanahnya akan sentiasa dipelihara oleh Allah dan dipermudahkan segala urusanya.
            Seterusnya sikap amanah penting dalam urusan pentadbiran dan urusan kepimpinan bagi membentuk sebuah Negara yang aman dan harmorni. Tidak mengira siapa diri, jawatan atau apa sahaja kita haruslah menjaga amanah yang telah diberikan dan sentiasa berwaspada diatas amanah tersebut. Pemimpin yang amanah akan melestarikan  Negara yang terbilang tanpa sebarang konflik dan akan sentiasa adil tanpa sikap berat sebelah. Negara akan lebih membangun dan ramai pelabur akan meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap Negara kerana rakyatnya yang terkenal dengan sifat amanah. Negara luar akan lebih menghormati Negara kita  dan tidak gentar untuk melabur seterusnya dapat menjana keuntungan dan keamanan Negara. Negara akan menjadi sebuah Negara contoh kerana semua rakyatnya melaksanakan amanah yang diberikan. Masalah rasuah serta masalah pecah amanah pasti dapat dikurangkan dan dapat dikawal dengan baik.
Sirah zaman para sahabat
Contoh sirah khalifah Umar bin Abdul Aziz , seorang pentadbir yang amanah semasa bekerja.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz seorang khalifah dari kerajaan Bani Umayyah yang terkenal dengan sifat amanahnya. Pada suatu malam ketika beliau sedang menyiapkan tugasan kerja rasminya di dalam bilik istana, tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan hal-hal peribadi yang berkaitan dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk beliau kemudianya memadamkan lampu yang berada di atas mejanya yang digunakan bagi tujuan rasmi kerajaan.Puteranya hairan dengan tindakan ayahandanya lalu bertanya.
            “Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah kita berbincang dibawah cahaya lampu terang?”
Khalifah Umar kemudianya menjawab
            “Benar katamu wahai anakku,tetapi engkau harus ingat , lampu yang sedang ayahanda gunakan untuk bekerja sebentar tadi adalah kepunyaan kerajaan, minyak yang digunakan itu dibeli dengan wang Kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga”
Kemudian belaiu menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya.Setelah lampu itu dinyalakan maka ia pun berkata kepada puteranya..
            “sekarang lampu yang baru kita nyalakan adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa yang anakanda hendak bincangkan dengan ayahanda.
            Disini dapat kita lihat betapa pekanya khalifah Umar dalam menjaga amanah yang telah diberikan kepada beliau. Walaupun beliau berpangkat tinggi iaitu memegang jawatan sebagai pemimpin dan ketua Negara namun ia tidak menghalang beliau untuk berlaku amanah.Beliau begitu mengambil berat dengan setiap apa yang diamanahkan oleh nya dan tidak sesekali mengunakan harta kerajaan semata-mata untuk kepentingan peribadi beliau.



FAKTOR TIDAK AMANAH
            Amanah kebanyakannya gagal dilaksanakan oleh pemegang amanah dengan baik. Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti penyebab mengapa amanah gagal dilaksanakan. Sikap pentingkan diri sendiri adalah salahsatu penyebabnya. Sikap individu yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kepentingan orang lain dimana mereka hanya memikirkan keuntungan diri sendiri. Mereka tidak peduli akan kesusahan makhluk yang lain asalkan  mereka mendapat kesenangan hidup dan kemewahan harta benda.Kelekaan dalam kemewahan menyebabkan individu ini berkejaran dalam mencari kesenangan diri dengan menggunakan jalan singkat.
Hadis rasulullah s.a.w
Akan berlaku silap mementingkan diri sendiri dan perkara-perkara yang kamu tidak suka”.Mereka (sahabat) bertanya: “wahai rasulullah! Jika berlaku demikian apa perintah kamu kepada kami?” Baginda menjawab : “Hendaklah kamu tunaikan amanah ke atas kamu dan pohonlah hak kamu daripada Allah”.
Sahih Al- Bukhari, no:3408.
            Rasullulah sendiri mengambarkan bahawa sikap manusia pada zaman sekarang yang lebih mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan amanah yang diberi.
            Jesteru , baginda s.a.w menyarankan kepada umatnya supaya menghadapi situasi itu dengan melakukan tanggungjawab(amanah) masing-masing (Azwira,2006).
            Selain itu, ianya disebabkan sikap tamak yang mempengaruhi diri sendiri supaya tidak amanah. Manusia bersifat tamak haloba dalam mengaut keuntungan peribadi sendiri. Contohnya , kes pecah amanah dan rasuah berjuta-juta dimana mereka telah  hilang pedoman dan jati diri setelah ditawarkan sejumlah wang yang besar ianya semata-mata untuk keseronokan duniawi. Mereka tidak beretika dalam bekerja dan ini merupakan amalan buruk  yang boleh menjejaskan iman dan akhlak seseorang.
            Kemudian sikap individu yang tidak memikir kehadapan dan memandang remeh dengan amanah yang dipikul. Mereka tidak memikrkan kesan negatif yang bakal dihadapi kelak jika tidak melakukan melaksanakan dan tidak menjaga amanah. Individu ini hanya memikirkan keseronokan duniawi yang sementara kerana telah dipengaruhi oleh tipu daya iblis laknatullah. Mereka tidak memikirkan balasan ukhrawi dan tidak takut kepada tuhan.
            Seterusnya mereka tiada ilmu bagaimana hendak melaksanakan amanah tersebut. Amanah yang ada ditanggung atau diberi oleh individu yang salah. Ini menjadi masalah terhadap individu terbabit untuk melaksanakan amanah beliau kerana kurang informasi tentang amanah yang hendak dilaksanakan. Apabila mereka mencuba untuk melaksanakan amanah tersebut maka akan timbulah konflik dan masalah-masalah yang berkaitan.Akhirnya amanah gagal dilaksanakan dengan cekap dan efektif serta tepat. Diperingkat ini akan berlaku lah rasuah yang berleluasa, kes pecah amanah, mengelapkan wang syarikat, menjual data pada negara lain, berlakunya kerosakan alam dan lain-lain.



CARA MEMUPUK SIKAP AMANAH
            Sikap amanah perlulah dipupuk pada setiap masa tidak mengira umur, bangsa dan tempat.Antara cara yang boleh memupuk sikap amanah dikalangan umat manusia ialah dengan mendekati dan memahami maksud ayat al quran dan hadis-hadis nabi. Terdapat banyak panduan yang lengkap telah dinyakan di dalam al-quran dari segi semua aspek tentang amanah seperti tuntutan melaksanakan amanah,kesan tidak amanah dan sebagainya.
            Seterusnya peranan ibu bapa dan guru dalam menerapkan sikap amanah dalam diri anak-anak sejak kecil. Bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya,jati diri anak-anak perlulah dibentuk sewaktu umur mereka masih kecil lagi. Jika mereka tidak diajar tentang amalan-amalan mulia ini peratusan untuk mereka menjadi seorang yang gagal melaksanakan amanah adalah tinggi. Ibubapa dan guru perlu menjadi role model kepada anak-anak kecil untuk sentiasa amanah dalam melakukan kerja dengan menunjukkan contoh yang baik dan tidak menunjukkan sikap yang negatif supaya anak-anak tidak terikut-ikut dengan sikap negatif tersebut iaitu menkhianati amanah yang diberi. Anak-anak perlu didedahkan pengetahuan tengtang amanah dan perlu selalu diingati supaya sentiasa amanah dalam melakukan setiap perkara. Disekolah juga perlu diajar dan didedahkan sikap amanah terhadap Allah, rasul, semasa belajar,amanah dengan kawan-kawan dan lain-lain.
            Pelbagai pendedahan perlu didedahkan kepada rakyat dengan mengadakan ceramah atau forum perdana berkaitan dengan amanah. Iklan-iklan juga boleh di siarkan dikaca-kaca tv, di radio serta dipapan iklan yang mana boleh menyedarkan rakyat tentang amanah. Iklan serta penerangan tentang Akta Pencegahan Rasuah 1997  dan kesan jika tidak amanah boleh diterangkan dengan lebih terperinci terutamanya di syarikat-syarikat sawasta dan kerajaan.



KESAN TIDAK AMANAH
            Kesan akibat tidak amanah terhadap diri sendiri ialah diri merasa sentiasa serba salah dan tidak aman. Manusia yang tidak menjaga tujuh pancaindera dan tidak bersyukur dengan amanah yang diberikan akan berlakulah kemaslahatan terhadap diri sendiri. Seterusnya bagi manusia yang tidak jujur dengan amanah mereka, tiada keberkatan rezeki yang halal dengan hasil yang diperolehi untuk menyara anak dan isteri. Rezeki yang tidak halal akan mendatangkan kesan yang negatif kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Setiap apa yang kita makan pasti akan menjadi darah daging dalam badan.
Hadis rasulullah s.a.w
“Setiap daging yang tumbuh daripad benda yang haram , api nerakalah yang lebih utama baginya”
Sahabat , Abdullah bin Abbas pula berkata: “tidak diterima solat seseorang yang di dalam tubuh badanya terdapat benda yang haram”.
Riwayat At-Tirmizi.
             Melalui hadis ini penting untuk kita melaksanakan amanah agar sumber makanan yang diperolehi bukanlah dari sumber yang tidak halal. Apabila memakan makanan yang sumbernya adalah tidak halal ia akan merosakan jiwa, hati menjadi gelap dan sukar untuk mendapatkan hidayah serta  sukar melakukan amar makruf nahi mungkar.
Firman Allah s.w.t
“ wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati(amanah) Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui”.
Al-Anfal surah 8:27
            Pekerja yang tidak amanah dan tidak beretika dalam menjaga harta syarikat dan kewangan syarikat seterusnya akan menyebabkan syarikat muflis dan aktiviti perniagaan tidak dapat dilakukan. Ini automatiknya mendatangkan kesan kepada masyarakat dimana mengurangkan peluang pekerjaan di negara.
            Masyarakat seterusnya akan saling berpecah belah dan tidak mempercayai antara satu sama lain. Sesuatu pentadbiran kerajaan tidak boleh dilaksanakan jika pemimpinya tidak bersifat amanah dan hal ini hanya boleh mendatangkan haru biru  dan kehancuran negara.
Nabi s.a.w. bersabda
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya.” Di dalam Zahru al Riyadh  menyebutkan, pada hari kiamat seorang hamba dihadapkan kepada Allah s.w.t. lalu Allah berfirman,
“Apakah engkau telah menunaikan amanah kepada fulan (tanggunganya atau ahlinya)? “Tidak ya tuhanku”. Kemudian Allah memerintahkan malaikat menyeret dan menghumbankanya ke neraka jahanam. Ia melihat amanah di dalam Jahanam lalu ia terjun ke dalamnya selama tujuh tahun sehingga ke permukaan lalu tergelincir semula kakinya lalu jatuh semula ke Jahanam dan begitulah hal keadaanya berulang kali sehinggalah datang rahmat Allah berkat syafaat rasulullah s.a.w kepada umatnya dan keredhaan dari tanggungan ahlinya.” http://khairuz67.multiply.com/journal/item/73?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem
            Di akhirat kelak manusia akan ditanya tengtang amanah yang diberikan samada manusia itu melaksanakan amanah tersebut dengan baik atau gagal melaksanakanya dan bersikap sambil lewa. Jika telah sempurna amanah tersebut ganjaran dan balasan yang baik akan diberi namun jika gagal dilaksanakan amanah tersebut akan dituntut semula.




KESIMPULAN
            Kesimpulanya  setiap orang perlu amanah dengan tanggungjawab masing-masing. Tanggungjawab sebagai kalifah Allah di muka bumi ini perlu dilaksanakan dengan seikhlas mungkin tanpa merunggut. Adanya sifat amanah dapat membantu seseorang individu mengejar kebahagian dunia dan akhirat kerana inilah, islam amat menuntut umatnya untuk bersifat amanah. Jesteru setiap individu perlulah sedar akan amanah dan kepentingannya dalam setiap perlakuan. Kerosakan dan kemusnahan pasti akan berlaku jika gagal melaksanakan amanah masing-masing. Setiap insan pasti akan disoal tentang amanahnya samada dilaksanakan sebaik mungkin atau mengkianati amanah tersebut. Balasan yang baik pasti diberikan kepada hamba Allah yang sentiasa menuruti perintahnya.
Hadis rasulullah s.a.w
“Berikanlah padaku enam jaminan dari diri kamu , aku menjamin surga untuk kamu. Pertama, benar bila berkata, menepati janji, menunaikan amanah,pejamkan mata kamu daripada yang ditegah ,pelihara faraj(kemaluan)kamu dan tahan dengan tangan kamu(kuasa).
Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Hibban Al-Hakim dan Al-Baihaiqi)
            Oleh itu, amanah yang telah dianugerahkan oleh Allah perlu kita laksanakan sebaik mungkin dan jangan disia-siakan. Bagi mereka yang menunaikan amanah pasti akan diberi jaminan surga oleh Allah.


RUJUKAN
Safwan Fathy.(2002). 121 Sifat Utama Nabi s.a.w.Petaling Jaya: Intel Multimedia and     
            Publication

M. Ali Hassan.(1984). Tuntutan Akhlak.  JohorBahru : Thinker’s Library Sdn Bhd

Dr . Azwira bin Abdul Aziz. (2006). 15 Asas Jati Diri Muslim Cemerlang. Johor Bahru:
            Perniagaan Jahabersa.

Diakses pada  10 november 2012-11-28 

Diakses pada  10 november 2012-11-28 http://www.eserikasih.com/sifat-amanah-sifat-terpuji

Diakses pada  10 november 2012-11-28

Diakses pada 10 november 2012