PENDAHULUAN
Apakah
itu amanah? Amanah adalah kepercayaan,kesetiaan, atau ketulusan hati. Amanah
dalam bahasa arab bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni. Manusia tidak
boleh elak atau lari dari tidak melaksanakan amanah yang telah dianugerahkan kepadanya.
Setiap
individu pernah diberikan amanah atau kepercayaan untuk dijaga. Amanah itu
adakalanya berbentuk titipan benda, rahsia, tugas, jabatan dan sebagainya (M.
Ali Hassan,1978). Setiap individu perlu bertanggungjawab dengan amanah masing-masing
dan harus menjaganya dengan penuh berhati-hati. Contohnya, tugas atau rahsia sebagai
seorang yang diamanahkan oleh kita perlu disimpan dengan cermat dan tidak leka serta ambil mudah. Amanah harus
dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukanya seperti melepaskan batuk
ditangga atau sekadar hangat-hangat tahi ayam. Perkara ini perlu dipandang
serius dan diperiksa secara berkala dan tidak dianggap remeh walaupun perkara
yang sekecil-kecil zarah.
Firman Allah s.w.t
“Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan
(menyuruh kamu) apabila menetapkan
hukuman di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya
Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.Sesungguhnya Allah
adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat”
An nisa surah 3: 58
Perintah Allah menyuruh agar amanah itu disampaikan oleh
orang yang sepatutnya dan selayaknya untuk memikul amanah tersebut.
Hadis rasulullah s.a.w
Daripada Saidina Ali r.a katanya yang bermaksud: Kami
duduk bersama Rasulullah s.a.w muncul seorang dari keluarga Al- Aliyah dan
bertanya kepada rasulullah,
“wahai rasulullah, beritahulah padaku apakah sesuatu yang
paling berat dalam agama dan apakah yang palin ringan?”
Jawab rasulullah:
“Yang paling ringan dan mudah ialah mengucapkan dua
kalimah syahadah dan yang paling berat ialah amanah.Sesungguhnya tiada iman
bagi orang yang tiada amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak (dipercayai)
janjinya.”
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad ,Al Bazzar dan Tabrani
Amanah
adalah satu tanggungjawab yang paling berat atau sukar untuk dijaga oleh
manusia. Bagi orang yang tidak menjaga amanah dan tidak mengingkari janji
amanah yang diberikan dikatakan iman nya adalah sangat rendah dan tidak
beragama.
Hadis rasulullah s.a.w
“ Tidak
sempurna iman bagi sesiapa yang tiada amanah pada dirinya dan tiada agama bagi
orang yang tidak dipercayai janjinya”
(Riwayat imam ahmad, al bazaar at tabrani)
Sikap
amanah dapat menujukkan tahap keimanan seseorang sama ada tinngi atau rendah.
TOKOH
( RASULULLAH.)
Amanah
ialah salah satu sifat terpuji rasulullah. Nabi Muhammad S.A.W seorang yang
amanah dalam memikul tanggungjawab. Baginda juga digelar al amin iaitu seorang
yang amanah dan dipercayai. Sebelum baginda diangkat menjadi rasul, baginda
terkenal dengan keindahan budi pekerti sehingga penduduk Quraisy mengelar
baginda sebagai al amin. Lawan bagi sifat amanah ialah kianat dan rasulullah
sama sekali tidak memiliki sifat ini.
Baginda beramanah sepenuhnya terhadap
tugas dan tanggungjawab yang dibebankan oleh Allah s.w.t atas bahu baginda
s.a.w untuk menyampaikan risalah kepada kaumnya dan seluruh manusia(Safwan,
2002). Nabi selalu berpesan kepada umatnya supaya sentiasa bersifat amanah dan
melunaskan janji yang telah dibuat. Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang tokoh
amanah yang sangat hebat dalam menjaga amanahnya. Baginda menerima pelbagai
amanah yang perlu dititikberatkan dan ianya tidak mampu dipikul oleh orang
biasa.
Amanah
yang dipikul amatlah berat dan baginda begitu tekad dalam melaksanakan amanah
tanpa sebarang keluhan dan tertingal melakukan amanah. Baginda melaksanakan
amanahnya tanpa rasa jemu dan berputus asa, sanggup menghadapi pelbagai
rintangan dan sanggup menerima cacian, disakiti, dipulaukan , digulagulakan
dengan tawaran pangkat, harta dan
wanita. Baginda juga dikecam dengan hebat dengan ancaman bunuh namun baginda
s.a.w tetap dengan pendirian memegang amanah demi menyebarkan dan meninggikan Kalimatullah
Hiyal Ulya (Safwan,2002).
Semasa
rasulullah ditawarkan harta, takhta dan
wanita agar meninggalkan kerja-kerja dakwah menerusi bapa saudaranya Abu Talib
baginda menjawab dengan tegas:
“Demi Allah, wahai bapa saudaraku ,kalau mereka
meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku agar aku meninggalkan kerja
dakwah ini, aku tidak akan meninggalkanya sehingga Allah member kemenangan
kepadaku atau aku binasa keranaya.”
Walauapapun
rintangan dan halangan yang menimpanya, baginda tetap dengan pendirianya untuk
menyampaikan amanah yang telah diberikan semampu yang mungkin. Contoh amanah
yang berat yang harus dipikul oleh baginda ialah sebagai kalifah Allah, ketua
agama dan pemimpin umat manusia serta menjadi
ketua perang, menjadi ketua umat, ketua keluarga, ketua Negara dan sebagai contoh
model bagi umat manusia.
GOLONGAN
YANG PERLU AMANAH.
Semua
umat manusia perlu bersifat amanah tidak kira berbeza agama, bangsa dan Negara.
Umat manusia perlu amanah dalam menjadi makhluk Allah dalam bentuk sebagai
seorang pelajar, ibubapa pekerja dan lain-lain.
Sebagai
makhluk Allah kita seharusnya amanah dengan perintah yang diberikan oleh Allah.
Contonhya solat 5 waktu sehari semalam, menjaga persekitaran serta tidak merosakan alam ini dan
sebagainya. Amanah yang dianugerahkan perlu dilakukan dengan ikhlas dan sepenuh hati. Pada asasnya kita perlu amanah sebagai
khalifah Allah dimuka bumi.
Firman Allah
“sesungguhnya
kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka
semunya enggan untuk memikul amanah itu dan kuwatir akan mengkhianatinya dan
pikullah amanah oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh.”
Al ahzab surah 33 : 72.
Ini
menunjukkan bahawa amanah sebagai kalifah Allah adalah sangat berat. Manusia
sentiasa tidak bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan oleh Allah dengan
mencemarkan alam sekitar dan merosakkan pemandangan indah di bumi. Manusia juga
perlu amanah dengan setiap tujuh pancaindera iaitu mata, telinga, lidah,
tangan, kaki, perut dan kemaluan yang telah dikurnaiakan. Anggota badan ini
perlu dijaga dan tidak digunakan kearah maksiat contoh amanah mata dengan tidak
melihat perkara yang haram dan perlu digunakan untuk melihat kebesaran Allah
seperti pemandangan alam untuk kita mensyukuri kebesaran Allah.
Seterusnya
melaksanakan amanah dari sudut sebagai seorang pelajar. Seorang pelajar
seharusnya amanah dalam menuntut ilmu
fardu ain dan fardhu kifayah. Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap manusia. Setiap
pelajar haruslah belajar dengan bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mempelajari pelbagai jenis
ilmu yang bermanfaat sebagai tanda menghargai kebesaran Allah. Pelajar haruslah
berusaha untuk menjalankan amanah mereka
dengan mencari ilmu bermanfaat,menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
pensyarah tepat pada masanya dan berjaya mengaplikasi ilmu yang diperolehi
bukan semata-mata hanya untuk mendapatkan gred yang tinggi dan kerjaya yang
bagus. Menuntut ilmu perlu niat kerana Allah dan tidak meninggalkan larangannya
hanya kerana mencari ilmu. Contohnya menyiapkan tugasan dan ulangkaji hanya
kerana ingin lulus peperiksaan dengan meninggalkan solat.
Firman Allah
Katakanlah: “kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk
menulis kalimat-kalimat Tuhanku,sungguh habislah lautan itu sebelum habis
ditulis kalimat-kalimat tuhanku meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu
pula
Surah Al kahfi 18:109
“Tuntutlah
ilmu sehingga ke liang lahad”.Pelajar perlulah amanah dalam mencari ilmu
sehingga akhir usia. Yang dimaksudkan dengan amanah ialah membuat penyelidikan,
mengambil pengiktibaran yang ada disekeliling, melakukan tanggungjawab dan
sebagainya.
Melaksanakan
amanah dari sudut sebagai ibubapa yang baik. Bersifat amanah dalam mendidik
anak –anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah kerana anak-anak adalah
anugerah daripada Allah yang perlu kita jaga dengan baik. Namun seringkali kita
lihat kini didada-dada akhbar tentang pembuangan bayi yang semakin berleluasa.
Bayi mereka juga dibuang secara kejam dan tanpa belas kasihan.Ini menunjukan
mereka tidak amanah menjaga anugerah Allah ini dengan baik. Ibubapa perlu
mendidik anak dengan akhlak baik semantapnya
supaya mereka menjadi perwira yang mempertahankan dan mengagung-agungkan agama
Allah. Contohnya seperti mengajar anak mengaji, solat, mendidik anak-anak dengan menyerapkan nilai-nilai murni
seperti bersopan-santun dan menghormati
orang tua.
Hadis rasulullah s.a.w
Maksudnya: “Apabila mati anak Adam, terputuslah amalanya
kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa
anak-anak yang soleh”(riwayat Imam Muslim).
Anak yang soleh dapat menyelamatkan
ibu bapa mereka untuk sentiasa tenang hingga ke surga.Oleh itu anak-anak perlu
dididik dengan baik supaya mereka dapat menjadi penyelamat ibubapa mereka di
akhirat. Manusia perlu amanah dengan apa yang berada dalam tangunggan mereka.
Amanah
sebagai seorang pekerja ialah bersikap amanah semasa bekerja contohnya tidak
tidur semasa waktu kerja, berat tulang, mencuri dan menggunakan harta syarikat
untuk kegunaan peribadi dan perkara-perkara yang tidak baik. Pekerja yang amanah
perlulah menyiapkan kerja tepat pada masanya dan mematuhi masa iaitu tidak
lewat ke pejabat tanpa alasan yang munasabah. Pekerja yang baik perlu elak dari
pecah amanah, rasuah dan menyebarkan maklumat penting syarikat kepada orang
luar.
Amanah
yang diberikan Allah kepada hambanya mesti dijaga dengan sebetulnya dan tidak
boleh disia-siakan. Begitu juga amanah yang diberikan oleh manusia,tidak boleh
kita lalaikan.Apabila kita merasakan bahawa kita tidak mampu untuk memikul
amanah yang diberi janganlah kita menerima amanah tersebut kerana dikhuatiri
akan mendatangkan impak yang negatif kepada kelangsungan makhluk Allah yang
lain. Kita perlu bijaksana menolaknya tanpa menyinggung perasaan orang lain. Jika
amanah ini dikhianati ,maka hancurlah masyarakat dan negara.Nabi Muhammad s.a.w
bersabda maksudnya
“Seorang laki-laki datang bertanya kepada rasulullah:
“Bilakah kiamat itu akan terjadi wahai rasulullah? Dijawab oleh rasulullah :
“Bila amanah (kepercayaan) diabaikan, maka tunggulah kiamat itu” . Kata
laki-laki itu lagi “Bagaimana pula mengabaikan kepercayaan itu?” Jawab
rasulullah : “apabila urusan atau pekerjaan diserahkan kepada orang yang tidak
ahli, maka tunggulah kiamat itu”
Berikutan dengan ini pentingnya kita tahu dimanakah tahap
kita untuk memikul sesebuah tanggungjawab yang diamanahkan. Ilmu pengetahuan
penting bagi melaksanakan amanah dengan baik dan beretika kerana jika tiada
ilmu pasti sedikit sulit untuk melaksnakan amanah tersebut. Hal ini kerana kita
tidak mengetahui cara yang betul dan kaedah serta prosedur untuk
melaksnakanya. Seringkali kita baca
didada-dada akhbar serta di kaca televisyen tentang isu yang berkaitan pelangaran
amanah.Contohnya kes rasuah dikalangan pemimpin, kes pecah amanah dan kes kerja
terbengkalai kerana dipertangungjawabkan kepada mereka yang tiada ilmu tentang
bidang tersebut serta kurang kemampuan
untuk melaksanakan amanah.
Oleh itu pemberi amanah perlu melakukan analisis dan
kajiselidik serta mengetahui kebolehan individu tersebut samada amanah yang
diberi bersesuian atau tidak dengan ilmu yang dimiliki sebelum menyerahkan
tugas tersebut. Penerima amanah juga perlu tahu kemampuan diri dan tidak
mementingkan diri sendiri.
Terdapat
kisah seorang pengembala yang teguh memegang amanah majikanya sebagaimana
diceritakan oleh Abdullah bin Dinar.
“Saya berangkat dengan Umar bin
Khaththab menuju Makkah.Kami berhenti di suatu tempat dan kami bertemu dengan
seorang pengembala yang turun dari
bukit. Umar berkata kepada orang itu: “ Hai pengembala! Juallah kepadaku
seekor kambing itu! Pengembala itu menjawab “Aku ini seorang hamba sahaya! “
Umar berkata hendak mengunjinya; “katakana kepada tuanmu, bahawa kambing itu
dimakan oleh serigala!” pengembala
menjawab: “tetapi dengan Allah bagaimana? “Umar menangis mendengar perkataan
pengembala itu kemudian Umar pergi bersama pengembala tadi lalu dibelinya dari
taunya dan dimerdekakan. Umar berkata kepadanya “Kalimat inilah (tetapi dengan
Allah bagaimana) yang menyebakan engkau merdeka di dunia ini. Aku mengharapkan
agar kalimat itu juga yang merdekakan engkau di akhirat kelak”.
Kekuatan iman kepada Allah pasti akan menjamin dalam
menjaga amanah yang diberikan agar terpelihara seseorang dari penyelewangan dan
sikap kianat (M.Ali Hassan,1978).
KEPENTING
AMANAH
Bersifat amanah adalah satu amalan mulia yang perlu
diterapkan dalam diri setiap individu. Tanpa sifat ini kelangsungan hidup
seharian serba sedikit pasti akan terganggu.
Sikap
amanah penting kepada individu itu sendiri. Individu yang sentiasa melaksanakan
amanah pasti akan lebih dihormati dan disanjungi oleh orang lain. Masyarakat
meletakkan sepenuh kepercayaan kepada individu yang bersikap amanah dan
seringkali mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Individu tersebut pasti
jiwanya akan merasa tenang ,aman dan akan lebih dipercayaai kerana melaksanakan
satu tanggungjawab yang besar dengan melaksanakan segala amanah yang telah
dituntut olehnya. Individu ini telah menunaikan segala amanahnya terutamanya
terhadap Allah iaitu menjadi khalifah yang baik di muka bumi dan kemudian
amanah terhadap sesama manusia dengan ikhlas dan istiqamah. Individu tersebut
berusaha untuk menjaga harga diri dan berusaha untuk mempertingkatkan iman serta
menjaga akhlaknya dariapada amalan yang tidak baik.
Kemudian
kepentingan sifat amanah terhadap masyarakat. Aturan hidup menjadikan manusia
saling bersandarkan dan memerlukan antara satu sama lain dengan ini
kelangsungan hidup dapat dinikmati dengan lancar. Penerapan sifat amanah dalam
setiap individu dapat menjamin kesejahteraan hidup antara satu sama lain kerana
masyarakat saling berkerjasama mencapai objektif yang tersendiri. Contohnya
antara guru dan pelajar yang mana guru mesti amanah menyampaikan ilmu yang
bermanfaat kepada pelajar dan begitu pula disebaliknya pelajar harus amanah
menuntut ilmu serta dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan
seikhlas mungkin.
Hadis rasulullah s.a.w
“Dikatakan mukmim bagi seseorang yang tidak kianat dan
tidak berdusta”. Sabdanya lagi “Umatku sentiasa baik selama mana tidak menjual
amanah dan mengadaikan kejejuranya.”
Individu
yang menjaga amanahnya akan sentiasa dipelihara oleh Allah dan dipermudahkan
segala urusanya.
Seterusnya
sikap amanah penting dalam urusan pentadbiran dan urusan kepimpinan bagi
membentuk sebuah Negara yang aman dan harmorni. Tidak mengira siapa diri,
jawatan atau apa sahaja kita haruslah menjaga amanah yang telah diberikan dan
sentiasa berwaspada diatas amanah tersebut. Pemimpin yang amanah akan
melestarikan Negara yang terbilang tanpa
sebarang konflik dan akan sentiasa adil tanpa sikap berat sebelah. Negara akan
lebih membangun dan ramai pelabur akan meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap Negara
kerana rakyatnya yang terkenal dengan sifat amanah. Negara luar akan lebih
menghormati Negara kita dan tidak gentar
untuk melabur seterusnya dapat menjana keuntungan dan keamanan Negara. Negara
akan menjadi sebuah Negara contoh kerana semua rakyatnya melaksanakan amanah
yang diberikan. Masalah rasuah serta masalah pecah amanah pasti dapat dikurangkan
dan dapat dikawal dengan baik.
Sirah
zaman para sahabat
Contoh sirah khalifah Umar bin Abdul Aziz , seorang pentadbir
yang amanah semasa bekerja.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz seorang khalifah dari
kerajaan Bani Umayyah yang terkenal dengan sifat amanahnya. Pada suatu malam
ketika beliau sedang menyiapkan tugasan kerja rasminya di dalam bilik istana,
tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan hal-hal
peribadi yang berkaitan dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk beliau
kemudianya memadamkan lampu yang berada di atas mejanya yang digunakan bagi
tujuan rasmi kerajaan.Puteranya hairan dengan tindakan ayahandanya lalu
bertanya.
“Kenapa
ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah kita berbincang dibawah cahaya lampu
terang?”
Khalifah Umar kemudianya menjawab
“Benar
katamu wahai anakku,tetapi engkau harus ingat , lampu yang sedang ayahanda gunakan
untuk bekerja sebentar tadi adalah kepunyaan kerajaan, minyak yang digunakan
itu dibeli dengan wang Kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan
ini adalah urusan keluarga”
Kemudian belaiu menyuruh seorang pelayan supaya membawa
lampu yang lain dari dalam biliknya.Setelah lampu itu dinyalakan maka ia pun
berkata kepada puteranya..
“sekarang
lampu yang baru kita nyalakan adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun
kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa yang anakanda hendak bincangkan
dengan ayahanda.
Disini
dapat kita lihat betapa pekanya khalifah Umar dalam menjaga amanah yang telah
diberikan kepada beliau. Walaupun beliau berpangkat tinggi iaitu memegang
jawatan sebagai pemimpin dan ketua Negara namun ia tidak menghalang beliau
untuk berlaku amanah.Beliau begitu mengambil berat dengan setiap apa yang
diamanahkan oleh nya dan tidak sesekali mengunakan harta kerajaan semata-mata
untuk kepentingan peribadi beliau.
FAKTOR
TIDAK AMANAH
Amanah kebanyakannya gagal
dilaksanakan oleh pemegang amanah dengan baik. Terdapat beberapa faktor yang
dikenal pasti penyebab mengapa amanah gagal dilaksanakan. Sikap pentingkan diri
sendiri adalah salahsatu penyebabnya. Sikap individu yang hanya mementingkan
kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kepentingan orang lain dimana mereka
hanya memikirkan keuntungan diri sendiri. Mereka tidak peduli akan kesusahan
makhluk yang lain asalkan mereka
mendapat kesenangan hidup dan kemewahan harta benda.Kelekaan dalam kemewahan
menyebabkan individu ini berkejaran dalam mencari kesenangan diri dengan
menggunakan jalan singkat.
Hadis rasulullah s.a.w
“Akan berlaku silap mementingkan diri sendiri
dan perkara-perkara yang kamu tidak suka”.Mereka (sahabat) bertanya: “wahai
rasulullah! Jika berlaku demikian apa perintah kamu kepada kami?” Baginda
menjawab : “Hendaklah kamu tunaikan amanah ke atas kamu dan pohonlah hak kamu
daripada Allah”.
Sahih Al- Bukhari, no:3408.
Rasullulah
sendiri mengambarkan bahawa sikap manusia pada zaman sekarang yang lebih
mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan amanah yang diberi.
Jesteru
, baginda s.a.w menyarankan kepada umatnya supaya menghadapi situasi itu dengan
melakukan tanggungjawab(amanah) masing-masing (Azwira,2006).
Selain
itu, ianya disebabkan sikap tamak yang mempengaruhi diri sendiri supaya tidak
amanah. Manusia bersifat tamak haloba dalam mengaut keuntungan peribadi sendiri.
Contohnya , kes pecah amanah dan rasuah berjuta-juta dimana mereka telah hilang pedoman dan jati diri setelah ditawarkan
sejumlah wang yang besar ianya semata-mata untuk keseronokan duniawi. Mereka
tidak beretika dalam bekerja dan ini merupakan amalan buruk yang boleh menjejaskan iman dan akhlak
seseorang.
Kemudian
sikap individu yang tidak memikir kehadapan dan memandang remeh dengan amanah
yang dipikul. Mereka tidak memikrkan kesan negatif yang bakal dihadapi kelak jika
tidak melakukan melaksanakan dan tidak menjaga amanah. Individu ini hanya
memikirkan keseronokan duniawi yang sementara kerana telah dipengaruhi oleh
tipu daya iblis laknatullah. Mereka tidak memikirkan balasan ukhrawi dan tidak
takut kepada tuhan.
Seterusnya
mereka tiada ilmu bagaimana hendak melaksanakan amanah tersebut. Amanah yang
ada ditanggung atau diberi oleh individu yang salah. Ini menjadi masalah
terhadap individu terbabit untuk melaksanakan amanah beliau kerana kurang
informasi tentang amanah yang hendak dilaksanakan. Apabila mereka mencuba untuk
melaksanakan amanah tersebut maka akan timbulah konflik dan masalah-masalah
yang berkaitan.Akhirnya amanah gagal dilaksanakan dengan cekap dan efektif
serta tepat. Diperingkat ini akan berlaku lah rasuah yang berleluasa, kes pecah
amanah, mengelapkan wang syarikat, menjual data pada negara lain, berlakunya
kerosakan alam dan lain-lain.
CARA
MEMUPUK SIKAP AMANAH
Sikap
amanah perlulah dipupuk pada setiap masa tidak mengira umur, bangsa dan tempat.Antara
cara yang boleh memupuk sikap amanah dikalangan umat manusia ialah dengan
mendekati dan memahami maksud ayat al quran dan hadis-hadis nabi. Terdapat
banyak panduan yang lengkap telah dinyakan di dalam al-quran dari segi semua
aspek tentang amanah seperti tuntutan melaksanakan amanah,kesan tidak amanah
dan sebagainya.
Seterusnya peranan ibu bapa dan guru dalam menerapkan
sikap amanah dalam diri anak-anak sejak kecil. Bak kata pepatah meluntur buluh
biarlah dari rebungnya,jati diri anak-anak perlulah dibentuk sewaktu umur
mereka masih kecil lagi. Jika mereka tidak diajar tentang amalan-amalan mulia
ini peratusan untuk mereka menjadi seorang yang gagal melaksanakan amanah
adalah tinggi. Ibubapa dan guru perlu menjadi role model kepada anak-anak kecil
untuk sentiasa amanah dalam melakukan kerja dengan menunjukkan contoh yang baik
dan tidak menunjukkan sikap yang negatif supaya anak-anak tidak terikut-ikut
dengan sikap negatif tersebut iaitu menkhianati amanah yang diberi. Anak-anak
perlu didedahkan pengetahuan tengtang amanah dan perlu selalu diingati supaya
sentiasa amanah dalam melakukan setiap perkara. Disekolah juga perlu diajar dan
didedahkan sikap amanah terhadap Allah, rasul, semasa belajar,amanah dengan
kawan-kawan dan lain-lain.
Pelbagai pendedahan perlu didedahkan kepada rakyat dengan
mengadakan ceramah atau forum perdana berkaitan dengan amanah. Iklan-iklan juga
boleh di siarkan dikaca-kaca tv, di radio serta dipapan iklan yang mana boleh
menyedarkan rakyat tentang amanah. Iklan serta penerangan tentang Akta
Pencegahan Rasuah 1997 dan kesan jika
tidak amanah boleh diterangkan dengan lebih terperinci terutamanya di
syarikat-syarikat sawasta dan kerajaan.
KESAN
TIDAK AMANAH
Kesan
akibat tidak amanah terhadap diri sendiri ialah diri merasa sentiasa serba
salah dan tidak aman. Manusia yang tidak menjaga tujuh pancaindera dan tidak
bersyukur dengan amanah yang diberikan akan berlakulah kemaslahatan terhadap
diri sendiri. Seterusnya bagi manusia yang tidak jujur dengan amanah mereka, tiada
keberkatan rezeki yang halal dengan hasil yang diperolehi untuk menyara anak
dan isteri. Rezeki yang tidak halal akan mendatangkan kesan yang negatif kepada
diri sendiri dan orang sekeliling. Setiap apa yang kita makan pasti akan
menjadi darah daging dalam badan.
Hadis rasulullah s.a.w
“Setiap daging yang tumbuh daripad benda yang haram , api
nerakalah yang lebih utama baginya”
Sahabat , Abdullah bin Abbas pula berkata: “tidak
diterima solat seseorang yang di dalam tubuh badanya terdapat benda yang
haram”.
Riwayat At-Tirmizi.
Melalui hadis ini penting untuk kita
melaksanakan amanah agar sumber makanan yang diperolehi bukanlah dari sumber
yang tidak halal. Apabila memakan makanan yang sumbernya adalah tidak halal ia
akan merosakan jiwa, hati menjadi gelap dan sukar untuk mendapatkan hidayah
serta sukar melakukan amar makruf nahi
mungkar.
Firman Allah s.w.t
“ wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
mengkhianati(amanah) Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu mengkhianati
amanah-amanah kamu yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui”.
Al-Anfal surah 8:27
Pekerja
yang tidak amanah dan tidak beretika dalam menjaga harta syarikat dan kewangan
syarikat seterusnya akan menyebabkan syarikat muflis dan aktiviti perniagaan
tidak dapat dilakukan. Ini automatiknya mendatangkan kesan kepada masyarakat
dimana mengurangkan peluang pekerjaan di negara.
Masyarakat
seterusnya akan saling berpecah belah dan tidak mempercayai antara satu sama
lain. Sesuatu pentadbiran kerajaan tidak boleh dilaksanakan jika pemimpinya
tidak bersifat amanah dan hal ini hanya boleh mendatangkan haru biru dan kehancuran negara.
Nabi s.a.w. bersabda
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan
dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya.” Di dalam Zahru al Riyadh menyebutkan, pada hari kiamat seorang hamba
dihadapkan kepada Allah s.w.t. lalu Allah berfirman,
“Apakah engkau telah menunaikan amanah kepada fulan
(tanggunganya atau ahlinya)? “Tidak ya tuhanku”. Kemudian Allah memerintahkan
malaikat menyeret dan menghumbankanya ke neraka jahanam. Ia melihat amanah di
dalam Jahanam lalu ia terjun ke dalamnya selama tujuh tahun sehingga ke
permukaan lalu tergelincir semula kakinya lalu jatuh semula ke Jahanam dan
begitulah hal keadaanya berulang kali sehinggalah datang rahmat Allah berkat
syafaat rasulullah s.a.w kepada umatnya dan keredhaan dari tanggungan ahlinya.”
http://khairuz67.multiply.com/journal/item/73?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem
Di
akhirat kelak manusia akan ditanya tengtang amanah yang diberikan samada
manusia itu melaksanakan amanah tersebut dengan baik atau gagal melaksanakanya
dan bersikap sambil lewa. Jika telah sempurna amanah tersebut ganjaran dan
balasan yang baik akan diberi namun jika gagal dilaksanakan amanah tersebut
akan dituntut semula.
KESIMPULAN
Kesimpulanya
setiap orang perlu amanah dengan
tanggungjawab masing-masing. Tanggungjawab sebagai kalifah Allah di muka bumi
ini perlu dilaksanakan dengan seikhlas mungkin tanpa merunggut. Adanya sifat
amanah dapat membantu seseorang individu mengejar kebahagian dunia dan akhirat
kerana inilah, islam amat menuntut umatnya untuk bersifat amanah. Jesteru
setiap individu perlulah sedar akan amanah dan kepentingannya dalam setiap
perlakuan. Kerosakan dan kemusnahan pasti akan berlaku jika gagal melaksanakan
amanah masing-masing. Setiap insan pasti akan disoal tentang amanahnya samada
dilaksanakan sebaik mungkin atau mengkianati amanah tersebut. Balasan yang baik
pasti diberikan kepada hamba Allah yang sentiasa menuruti perintahnya.
Hadis rasulullah s.a.w
“Berikanlah padaku enam jaminan dari diri kamu , aku
menjamin surga untuk kamu. Pertama, benar bila berkata, menepati janji,
menunaikan amanah,pejamkan mata kamu daripada yang ditegah ,pelihara
faraj(kemaluan)kamu dan tahan dengan tangan kamu(kuasa).
Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Hibban Al-Hakim dan Al-Baihaiqi)
Oleh
itu, amanah yang telah dianugerahkan oleh Allah perlu kita laksanakan sebaik
mungkin dan jangan disia-siakan. Bagi mereka yang menunaikan amanah pasti akan
diberi jaminan surga oleh Allah.
RUJUKAN
Safwan Fathy.(2002). 121 Sifat Utama Nabi s.a.w.Petaling
Jaya: Intel Multimedia and
Publication
M. Ali Hassan.(1984). Tuntutan Akhlak. JohorBahru : Thinker’s Library Sdn Bhd
Dr . Azwira bin Abdul
Aziz. (2006). 15 Asas Jati Diri Muslim
Cemerlang. Johor Bahru:
Perniagaan Jahabersa.
Diakses pada 10 november 2012-11-28
Diakses pada 10 november 2012-11-28 http://www.eserikasih.com/sifat-amanah-sifat-terpuji
Diakses pada 10 november 2012-11-28
Diakses pada 10
november 2012
Maklumat yg lengkap untuk dijadikan rujukan
ReplyDeleteKeep it up!!!